Melaka! Lelaki Menjerit Dadah Pecah Dalam Perut

Posted by Tomomi Mizusawa On Thursday, August 16, 2012 0 comments

Sekadar hiasan

Penduduk di sini dikejutkan dengan kata-kata kesat yang dilemparkan oleh seorang warga asing yang tiba-tiba bertindak agresif di khalayak awam tanpa sebarang sebab munasabah. Semuanya bermula selepas dia ditahan dan di bawa ke hospital selepas pihak berkuasa mendapati dia telah menelan kapsul yang mengandungi dadah dan ia telah pecah di dalam perutnya.

Drama yang berlangsung selama lima jam itu bermula pada pukul 10 malam Selasa apabila seorang warga Nigeria yang merupakan pelajar di sebuah universiti di sini, tiba-tiba bertindak agresif di Taman Melaka Baru.

Dia dilihat menjerit dan melemparkan kata-kata kesat kepada orang ramai yang berada di Pusat Dagangan Melaka Antarabangsa (MITC), di Ayer Keroh hingga pukul 3 pagi.

Sekumpulan anggota polis, yang memerhatikannya sejak awalmengambil keputusan untuk menahan apabila dia mula membuat kecoh.

Mereka kemudiannya membawanya ke Hospital Melaka apabila dia terjatuh dan koma. Doktor yang merawatnya menemui 30 kapsul yang dipercayai mengandungi dadah dalam perut lelaki tersebut. Difahamkan pihak polis turut menemui 27 kapsul daripada lelaki berkenaan.


Lagi Kisah orang melaka di sini

Semoga artikel Melaka! Lelaki Menjerit Dadah Pecah Dalam Perut bermanfaat bagi Anda.

Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

Post a Comment