Kekalahan Lee Chong Wei Dipertikaikan
Bila terkenangkan tragedi kekalahan Dato’ Lee Chong Wei semalam, terasa agak sedih kerana satu-satunya harapan untuk Malaysia merangkul pingat emas berkecai.
Tetapi dalam kekalahan itu, ada juga suara-suara sumbang yang mempersoalkan kehebatan Dato’ Lee Chong Wei bermain. Katanya jaguh negara itu bermain hanya kerana duit. Lebih menyedihkan lagi apabila hal sukan juga dilibatkan dengan hal politik.
Statement yang mengatakan kerajaan memberi imbuhan wang kepada pemenang pingat emas adalah agenda politik semata-mata. Hadiah diatas segala penat lelah dan pengorbanan mereka semasa mendukung dan membawa nama negara ke puncak dunia.
Seperti orang yang tidak ada pemikiran yang waras, kalau dibiarkan orang yang bercakap itu sendiri yang bermain. Pasti dia akan terkincit dalam seluar apabila menerima tekanan yang kuat baik dari pihak lawan, penonton dan juga media.
Apa-apa pun tahniah kepada Dato’ Lee Chong Wei, kerana berjaya medapatkan pingat perak dan merupakan pingat pertama untuk negara. Tidak perlu bersedih lagi. Mungkin kali ini tuah berpihak kepada Lin Dan, mana tahu Olimpik akan datang berpihak kepada kita pula.
Lagi kekalahan chong wei dipertikaikan di sini
Semoga artikel Kekalahan Lee Chong Wei Dipertikaikan bermanfaat bagi Anda.
Post a Comment