Ustaz Don Daniyal – Anak Aset Ke Syurga Atau Neraka?

Posted by Tomomi Mizusawa On Saturday, September 8, 2012 0 comments

Ustaz Don Daniyal merupakan seorang pendakwah bebas yang kini mula meningkat popular setelah programnya bersama TV Al-Hijrah mendapat rating yang tinggi. Kali ini Ustaz Don Daniyal menyampaikan sebuah ceramah mengenai adakah anak merupakan aset penentu sama ada ibu bapa ke syurga atau neraka. Memang sangat menarik. Boleh tengok video di atas dan ringkasannya di bawah.




Kita perlu sedar, pada hari ini ramai ibu bapa lebih mementingkan pendidikan sekular daripada mempedulikan pendidikan agama untuk anak-anak. Mereka menganggap ilmu untuk keperluan ukhrawi tidak penting kerana mereka menganggap ia tidak penting untuk diaplikasikan dalam kehidupan.




Cuba kita bayangkan, sebagai ibu bapa, apakah sumbangan atau apakah yang kita mahukan daripada anak kita. Kita mahukan doa daripada anak kita sendiri, kita mahu anak kita mendoakan ketika kita berada di alam barzakh. Namun, adakah kita yakin bahawa dengan menerapkan dunia duniawi semata-mata anak kita boleh hidup dalam keadaan tenang. Jawapannya tidak, hidup perlu berpegang kepada agama. Ia perli seimbang di antara ilmu duniawi dan ukhrawi.

Maka, kita sebagai ibu bapa perlu mencorakkan anak sama anak kita merupakan aset pembawa kita syurga ataupun neraka. Bimbinglah anak-anak kita supaya mereka kenal siapa penciptaNya. Wallahualam.

Semoga artikel Ustaz Don Daniyal – Anak Aset Ke Syurga Atau Neraka? bermanfaat bagi Anda.

Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

Post a Comment