Alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur kita untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. Kehadiran Ramadhan tahun 2012 bulan Julai dapat dirasai setahun sekali sahaja. Oleh itu mungkin ada diantara kita yang telah lupa niat dan doa berbuka puasa. Mari kita baca kembali niat dan doa yang disediakan ini.
Niat puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa
|
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala. |
Lafaz Niat Puasa (harian)
|
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala. |
Doa Berbuka Puasa
|
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang. |
Doa Selepas Berbuka Puasa
|
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu. |
Semoga artikel
Koleksi Niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa bermanfaat bagi Anda.
Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:
Post a Comment