Hukum Menghisap Shisha (Mesti Baca!)

Posted by Tomomi Mizusawa On Thursday, July 5, 2012 0 comments




Jika rokok, ada beberapa majlis mufti negeri telah menfatwakan bahawa menghisap rokok itu adalah haram apabila diqiaskan merosakkan tubuh badan itu berdosa. Namun sejak kemunculan shisha sejak beberapa tahun dahulu, timbul persoalan dalam kalangan masyarakat. Apakah hukum sebenar menghisap shisha. Jom kita dapatkan penjelasan di bawah ini.

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, bekas Mufti Arab Saudi,menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak.
Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), “Apakah yang dihalalkan bagi mereka”? Katakanlah, “Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)


Dan firmannya lagi:



Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A’raf: 157)


Dan kesemua jenis rokok dan
shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya.

Selain itu, menurut pendapat pakar perubatan, menghisap shisha adalah 400 kali lebih bahaya dari menghisap rokok. Demikian ditegaskan oleh Pakar runding Bedah Jantung dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Datuk Dr. Ramzisham Abdul Rahman. Menurut beliau,
masa merokok jauh lebih pendek dari menghisap shisha yang kadangkala boleh menjangkau dua jam atau lebih. Wap panas yang disedut boleh memusnahkan cilia atau bulu-bulu roma dalam dada yang boleh menjadikan kita batuk dengan teruk. Ia juga akan mengakibatkan kerosakan pada paru-paru dan jantung hingga membawa kepada penyakit kronik seperti kanser paru-paru atau kerosakan koronari jantung.

Menurut beliau, ini adalah berasaskan
satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Tembakau di Britain pada 2010 mendapati menghisap shisha memberi risiko yang jauh lebih bahaya dari menghisap rokok tembakau. Kerana kandungan tembakau herba(bahan tambahan) di dalam shisha memiliki kecenderungan untuk menyimpan kandungan karbon monoksida empat hingga lima kali ganda lebih tinggi berbanding menghisap rokok tembakau.

Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.

Wallahua’lam

Semoga artikel Hukum Menghisap Shisha (Mesti Baca!) bermanfaat bagi Anda.

Jika artikel ini bermanfaat,bagikan kepada rekan melalui:

Post a Comment