Dua Perkara Yang Selalu Membuatkan Kita Tak Bersyukur
Katakanlah anda telah memiliki sebuah rumah, kenderaan, pekerjaan tetap, dan pasangan yang cantik .
Tetapi anda masih merasa kurang. Fikiran anda dipenuhi pelbagai target dan keinginan.
Anda begitu obses dengan rumah yang besar dan indah, kereta mewah, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak wang.
Kita ingin ini dan itu. Bila tak berjaya mendapatkannya kita terus memikirkannya.
Tapi anehnya, walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati kesenangan sesaat.
Kita tetap juga tidak puas, kita ingin yang lebih lagi.
Jadi, betapa banyaknya harta yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA” dalam erti yang sebenarnya
.
Mari kita luruskan pengertian kita mengenai orang ”kaya”.
Orang yang ”kaya” bukanlah orang yang memiliki banyak perkara, tetapi orang yang dapat menikmati segala perkara yang mereka miliki.
Kita boleh memiliki keinginan, tetapi kita perlu menyedari bahawa inilah punca perasaan tidak tenteram. Kita dapat mengubah perasaan ini dengan berfokuskan pada apa yang sudah kita miliki.
Cubalah lihat keadaan di sekeliling anda, fikirkan yang miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan nikmatnya hidup.
Pusatkanlah perhatian Anda pada sifat-sifat yang baik , pasangan, dan orang-orang di sekitar Anda. Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.
Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa syukur.
Ada cerita menarik mengenai seorang datuk yang mengeluh keranaa tidak dapat membeli selipar, padahal seliparnya sudah lama rosak. Suatu petang dia melihat seseorang yang tidak mempunyai kaki, tetapi tetap ceria. Saat itu juga si datuk itu berhenti mengeluh dan mulai bersyukur.
.
Hal kedua yang sering membuat kita tak bersyukur adalah. . .
KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN.
Kita merasa orang lain lebih beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang yang lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih percaya diri, dan lebih kaya dari kita. . . .
Rumput tetangga memang sering kelihatan lebih hijau dari rumput di pekarangan rumah sendiri.
Ada cerita menarik mengenai dua orang penghuni ospital sakit jiwa. Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil menyebut, ‘‘Lulu, Lulu.” Seorang pengunjung yang kehairanan menanyakan masalah yang dihadapi orang ini. Si doktor menjawab, ”Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Lulu.”
Pengunjung meneruskan lawatan, Tetapi apabila sampai di wad lain dia terkejut melihat penghuninya terus menerus memukul kepalanya di tembok dan berteriak, ”Lulu, Lulu”. ”Orang ini juga punya masalah dengan Lulu? ” tanyanya kehairanan. Doktor kemudian menjawab, ”Ya, dialah yang akhirnya menikah dengan Lulu.”
Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati apa yang kita miliki. Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang tertinggi.
Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan cerita mengenai seorang ibu yang sedang terapung di laut kerana kapalnya karam, namun tetap berasa bahagia. Ketika ditanya kenapa demikian, dia menjawab, ”Saya mempunyai dua anak lelaki. Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di tanah seberang. Kalau berhasil selamat, saya sangat bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak kedua saya. Tetapi kalau pun saya mati tenggelam, saya juga akan berbahagia kerana saya akan berjumpa dengan anak pertama saya di syurga.”
Sumber:akuislam.com
Semoga artikel Dua Perkara Yang Selalu Membuatkan Kita Tak Bersyukur bermanfaat bagi Anda.
Post a Comment