Adakah Ini Kasih Sayang
Jom kita mengenal Zirafah. Apabila seekor induk Zirafah melahirkan anaknya sambil berdiri, anaknya akan jatuh ke tanah yang keras dari rahim ibunya. Perkara pertama yang dilakukan oleh ibunya adalah berdiri di belakang anaknya dan memberikan satu tendangan yang cukup kuat ke tubuh bayinya.
Bayi zirafah terbangun cuba berdiri namun masih terjatuh kerana kakinya yang masih lemah dan goyah. Sang ibu kembali bergerak ke belakang bayinya dan memberi tendangan lagi kepadanya. Peristiwa ini berlaku berterusan beberapa kali hingga bayi zirafah itu berdiri dengan teguh dan mula berjalan menuju puting susu ibunya.
Mengapa?
Kerana ibunya tahu bahawa satu-satunya peluang bagi bayinya untuk dapat bertahan hidup di hutan adalah dengan berdiri kukuh diatas kakinya sendiri. Jika tidak, akan mudahlah bayi kesayangannya itu diterkam binatang buas dan menjadi mangsa mereka.
Apakah tindakan ibu zirafah itu adalah suatu bentuk kasih sayang? Sudah pasti.
Kadangkala kita harus bersikap keras untuk kebaikan. Tidak semua pembedahan medikal menyakitkan, tidak semua ubat berasa manis, tapi kita harus menelannya. Kadang – kadang ujian Allah itu berat, tetapi sebenarnya ia hanya untuk memperkuatkan hambanya!
Sumber
Semoga artikel Adakah Ini Kasih Sayang bermanfaat bagi Anda.
Post a Comment